Translate

13 April 2025

Proses pelantikan Ketua Hakim Negara: Kerajaan terbuka cadangan penambahbaikan - Fahmi



Proses pelantikan Ketua Hakim Negara: Kerajaan terbuka cadangan penambahbaikan - Fahmi

Bernama

13/04/2025


Menurut Fahmi, pandangan pelbagai pihak mengenai peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim diambil maklum. - Gambar fail/Bernama

TAPAH: Kerajaan bersikap terbuka untuk meneliti sebarang cadangan bagi menambah baik undang-undang sedia ada, termasuk yang melibatkan proses pelantikan Ketua Hakim Negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Kerajaan bersikap terbuka untuk meneliti cadangan bagi menambah baik undang-undang sedia ada, termasuk proses pelantikan Ketua Hakim Negara.

Pandangan pelbagai pihak mengenai peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim diambil maklum, dan terdapat kes mahkamah yang mencabar kesahihan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Kerajaan MADANI telah membentangkan lebih 80 undang-undang di Parlimen untuk pindaan atau penggubalan baharu, mencerminkan komitmen memperkukuh institusi dan sistem demokrasi negara.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan berkata kerajaan mengambil maklum pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, termasuk berkaitan peranan Perdana Menteri dalam proses pelantikan berkenaan.

"Kerajaan terbuka menerima pelbagai pandangan mengenai cara-cara menambah baik undang-undang yang ada ketika ini, sama ada berkaitan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) atau lain-lain aspek berkaitan.

"Kabinet juga mengambil maklum bahawa terdapat satu kes mahkamah telah difailkan untuk mencabar kesahihan Akta JAC itu sendiri. Maka, Kabinet akan meneliti perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Air Kuning di sini, hari ini.

Fahmi diminta mengulas mengenai ucapan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Persidangan Undang-Undang Komanwel ke-24 di Malta baru-baru ini, supaya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) dipinda untuk menghapuskan peranan Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim.

Menurut Tengku Maimun, langkah itu boleh membantu mengikis persepsi wujudnya pengaruh politik terhadap badan kehakiman.

Fahmi berkata sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran, lebih 80 undang-undang telah dibentangkan di Parlimen sama ada untuk pindaan atau penggubalan baharu, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh institusi dan sistem demokrasi negara.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi dan Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 26 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia dipilih semula ke Majlis Pentadbiran CSAM' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru besar didakwa kemuka dokumen palsu mohon sumb' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 1 hr 24 mins ago