Translate

14 April 2025

Lawatan Negara Presiden China: Akses ke KLIA Terminal 2 ditutup sementara pada 15, 17 April



Lawatan Negara Presiden China: Akses ke KLIA Terminal 2 ditutup sementara pada 15, 17 April

Bernama

14/04/2025


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam hantaran Facebook rasminya hari ini memaklumkan balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.


PUTRAJAYA: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 tidak akan dapat diakses oleh pengguna jalan raya semasa tempoh penutupan jalan sementara, esok dan 17 April, sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam hantaran Facebook rasminya hari ini memaklumkan balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.

"Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya," menurut MAHB.

Penutupan jalan sepenuhnya akan dilaksanakan pada 15 April bermula 6 petang hingga 7 malam dan pada 17 April dari 8.50 pagi hingga 9.50 pagi melibatkan Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuh Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang, Jalan P5.

MAHB menasihatkan semua penumpang untuk merancang perjalanan mereka ke dan dari lapangan terbang di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan.

Bagi mereka yang perlu memandu, laluan alternatif yang disarankan adalah melalui Lebuhraya ELITE (E6) > keluar di Tol Serenia > Kota Warisan (Bulatan Masjid) > Jalan KLIA 1 > Bulatan Charterfield > Terminal 1 KLIA (balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta).

MAHB memohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi arahan dan merancang perjalanan dengan teliti bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh lawatan rasmi ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 2 hrs 22 mins ago