Translate

14 April 2025

Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thailand, miliki 10 rekod jenayah lampau - KPN



Rakyat Malaysia disyaki rompak kedai emas di Thailand, miliki 10 rekod jenayah lampau - KPN

Bernama

14/04/2025


Warga Malaysia yang ditahan selepas terlibat dalam kes rompakan kedai emas di Bangkok, Thailand pada Selasa lalu. - Foto PDRM


KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di negara itu, Rabu lepas, disahkan memiliki 10 rekod jenayah lampau, termasuk dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand disahkan memiliki 10 rekod jenayah lampau dan dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.

Kertas siasatan sedang disemak sebelum proses ekstradisi dilakukan, dan siasatan kesalahan di Thailand diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Lelaki tersebut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand dan tidak memiliki MyKad atau pasport Malaysia.

Lelaki berusia 62 tahun itu turut disahkan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes bunuh dan satu lagi kes di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan membabitkan lelaki itu sedang disemak sebelum proses ektradisi dilakukan, dan siasatan berhubung kesalahan dilakukannya di Thailand, diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

"Penahanan lelaki itu telah dimaklumkan sebaik sahaja dia ditahan di Bangkok, Thailand atas kesalahan samun bersenjata di Hat Yai.

"Lelaki tersebut masih berada di lokap Hatyai untuk siasatan dan kami akan meneliti lanjut kesalahan yang dilakukannya di negara ini bagi tindakan ekstradisi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razarudin berkata semakan lanjut mendapati lelaki terbabit tidak tinggal di Malaysia dan turut dikesan menggunakan dokumen palsu untuk bersembunyi di Thailand.

Beliau berkata ketika tangkapan dibuat pihak berkuasa Thailand, lelaki itu dikesan memiliki kad pengenalan Thailand disyaki palsu serta tiada MyKad atau pasport negara ini.

Pada 9 April lepas, polis Thailand mengesahkan seorang lelaki warga emas ditahan di daerah Nonthaburi, Bangkok, Thailand selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas di Hat Yai, Thailand.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 1 min ago
A visitor from Sao bernardo do campo viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 19 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'LEMBAH KLANG DINAIKI AIR | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 6 hrs 22 mins ago