Translate

14 April 2025

JPJ bakal umum garis panduan, SOP baharu kenderaan berat



JPJ bakal umum garis panduan, SOP baharu kenderaan berat

Bernama

14/04/2025


Aedy Fadly berkata ia bagi menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat terutama lori sejak kebelakangan ini. - Gambar fail


KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu membabitkan kenderaan perdagangan serta perkhidmatan awam pada Mei ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia bagi menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat terutama lori sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata antara perkara yang sedang diperincikan ialah SOP dan tindakan lebih tegas terhadap pemandu yang memandu melebihi had laju ditetapkan hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Ketika ini JPJ sedang meneliti dan membuat perincian bersama pihak berkepentingan lain. Kita tekankan kepada kenderaan melebihi 7.5 tan.

"Antara perkara yang diperincikan adalah tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melebihi had laju serta larangan kenderaan perdagangan berada di lorong paling kanan seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) sebelum ini," katanya pada Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ Terengganu di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata 8,862 kes kemalangan dicatatkan sepanjang enam hari Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 (HRA 2025) yang bermula 24 Mac hingga 8 April lepas.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 9,859 kes yang direkod pada Ops HRA 2024 yang berlangsung enam hari pada 8 hingga 13 April 2024.

"Begitu juga jumlah kematian menurun daripada 119 orang pada Ops HRA 2024 kepada 85 orang pada Ops HRA 2025.

"Penurunan ini antaranya disebabkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan jalan raya hasil program advokasi oleh JPJ dan agensi penguatkuasaan yang lain," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 mins ago
A visitor from Kerala viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Edison viewed 'BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 20 mins ago