Translate

08 April 2025

Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi



Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi

Bernama

08/04/2025


Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Gambar fail/Reuters/Hasnoor Hussain


PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID) R Rajagopal berkata ia adalah kerana sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar terhadap ekonomi negara perlu dirujuk kepada Najib dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Saksi pembelaan ke-11 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Muhammad Shafee: Apa yang berlaku sekiranya beliau (Najib) menolak keputusan itu?

Sepanjang perbicaraan berlangsung, mahkamah dimaklumkan bahawa Najib memegang tiga peranan utama dalam dana kekayaan negara itu, iaitu sebagai pemegang saham tunggal dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan (kerana 1MDB) adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan), Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB (BOA) dan Perdana Menteri ketika itu.

Ketika disoal lanjut, Rajagopal berkata sepanjang siasatan selama beberapa tahun berkaitan 1MDB, tiada bukti langsung yang menunjukkan Najib telah mengarahkan dana daripada syarikat itu dipindahkan bagi kegunaan peribadinya.

Rajagopal berkata sepanjang menjalankan siasatan yang diambil alihnya pada September 2015, beliau dan pasukannya tidak menerima sebarang arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan terhadap 1MDB.

Muhammad Shafee: Sepanjang Datuk Seri Najib memegang jawatan, adakah anda atau pasukan anda menerima arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan?

Rajagopal: Setahu saya, tiada.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 42 mins ago