Translate

18 April 2025

Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit

 Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit

Bernama

18/04/2025 



Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen sulit

Hakim Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan Mohd Khairul Akmal diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus di Petronas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba mendedahkan dokumen sulit berkaitan prestasi operasi dan kewangan syarikat minyak nasional itu kepada Syarikat Petroleum Sarawak (Petros), Jun tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara yang boleh sampai setahun, manakala bagi Seksyen 511 membawa hukuman penjara tidak melebihi setengah daripada Seksyen 203A (1), jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Shakirah Mokhtarudin membenarkan Mohd Khairul Akmal diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Fadhli Sutris.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM teliti permi' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seniwati Sophia Ibrahim meninggal dunia pada usia ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '46 individu terima darjah kebesaran, pingat Pahang' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mahkamah tolak saman ahli per' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Edar lebih 10kg dadah MDMA, lelaki warga Singapura' 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem p' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM teliti permi' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Seorang lagi Tan Sri ditahan, be' 43 mins ago