Translate

05 May 2025

Tengku Mahkota Kelantan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UMK



Tengku Mahkota Kelantan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor UMK

Bernama

05/05/2025


Tengku Muhammad Fakhry Petra (tengah) selesai menyempurnakan Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14. -Sinar Harian


BACHOK: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkuat kuasa hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pemasyhuran dilakukan sempena Istiadat Pemasyhuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14.

Tengku Muhammad Fakhry menyampaikan ijazah kepada 123 graduan pada sidang pertama konvokesyen.

Pemasyhuran berkenaan dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir sempena Istiadat Pemasyhuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14 yang berlangsung di UMK Kampus Bachok, di sini, hari ini.

Pada istiadat itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menyampaikan ijazah kepada 123 graduan UMK pada sidang pertama konvokesyen melibatkan 53 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 44 graduan Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan dan 22 Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta empat Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA).

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED