Translate

23 April 2025

Pengeluaran visa haji cecah 45 peratus - Mohd Na'im



Pengeluaran visa haji cecah 45 peratus - Mohd Na'im

Bernama

22/04/2025


Mohd Na'im berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencapai 45 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini.

"TH juga sudah bersedia sepenuhnya dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

Dalam pada itu, Mohd Na'im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk.

"Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi," katanya.

Beliau berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang akan mengagihkan kad Nusuk kepada jemaah haji di dalam negara sendiri bagi musim ini.

"Kad ini adalah penghargaan daripada Kerajaan Arab Saudi yang memberikan Malaysia keutamaan sebagai negara rintis dalam pengedaran kad Nusuk di dalam negara, selain laluan Makkah," katanya.

Katanya kad berkenaan akan diagihkan kepada jemaah haji di Balai Berlepas Induk, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA (MHCC), sebelum mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Tanah Suci.

"Tahun lalu, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah. Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.

"Insya-Allah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha TH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadanga' 9 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pendaki selamat dikebumikan, Gunung Rinjani destin' 33 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Gates Foundation to open office in Singapore with ' 35 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'PM Anwar Meets MSU University Students In No Holds' 35 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Gates Foundation to open office in Singapore with ' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 39 mins ago