Translate

22 April 2025

Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500



Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM500

Bernama

22/04/2025


Rajgunan didakwa memperoleh wang suapan itu untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu itu yang melanggar syarat pengawasan. - Foto Sinar Harian


ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM500 tahun lepas.

E Rajgunan, 33, didakwa memperoleh wang suapan itu daripada seorang lelaki berusia 52 tahun sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu itu yang melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(3), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Lunas-Kulim, Kulim pada 2 petang 24 Ogos 2024.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin menawarkan jaminan RM10,000, namun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan kerana berpendapatan rendah serta menanggung isteri serta ibunya yang menghidap penyakit jantung, selain seorang adiknya baru sahaja terlibat kemalangan.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 16 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 39 mins ago