Translate

22 April 2025

Amang seksual fizikal: bekas penolong jurulatih boling kekal dipenjara enam tahun



Amang seksual fizikal: bekas penolong jurulatih boling kekal dipenjara enam tahun

Bernama

22/04/2025


Kesalahan dilakukan pada 2018 terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Foto Bernama


KUALA TERENGGANU: Bekas penolong jurulatih boling yang didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukan Malaysia (SUKMA) terpaksa meringkuk di penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Mahkamah Tinggi menolak rayuan Mat Salleh Jalani, bekas penolong jurulatih boling, dan mengarahkan beliau menjalani hukuman penjara atas kesalahan amang seksual terhadap seorang atlet SUKMA.

Kesalahan dilakukan pada Mac 2018 terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam Mat Salleh memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas menolak rayuan dikemukakan Mat Salleh Jalani, 62, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 16 Mei tahun lepas.

"Mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan hukuman yang disabitkan Mahkamah Sesyen sebelum ini," katanya, dan mengarahkan Mat Salleh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mahkamah Sesyen sebelum ini, mendapati lelaki itu bersalah melakukan amang seksual ke atas seorang remaja lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun satu bulan di sebuah taman perumahan di Marang pada Mac 2018.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim, manakala Mat Salleh diwakili peguam Wan Suhaili Wan Ismail.

Wan Suhaili memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 38 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 4 hrs 51 mins ago