Translate

22 April 2025

Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi layan diri



Polis tahan wanita kes pukul anak di premis dobi layan diri

Bernama

22/04/2025


Supt Mohd Razi berkata wanita yang disyaki memarahi dan memukul anaknya di sebuah premis dobi layan diri di Kemaman Rabu lepas ditahan reman hingga hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. - Gambar hiasan


CHUKAI: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada 7.27 malam, semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

"Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian (memarahi dan memukul) kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai," katanya satu dalam kenyataan.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Kemaman, dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed '“Bodoh, Kandang Babi” Gamatkan Dewan Rakyat! Arau ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Upland viewed 'Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 7 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 56 mins ago