Translate

20 April 2025

Faisal Halim sah mengalami keretakan di bahagian tulang hidungnya

 

Selangor sahkan Faisal alami retak tulang hidung

Faisal berkongsi gambar sinaran X di bahagian hidungnya selepas berlanggar dengan pemain PDRM FC, Faith Friday Obilor pada aksi Liga Super malam tadi. – FOTO: Faisal/ Instagram

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim sah mengalami keretakan di bahagian tulang hidungnya dalam perlawanan penutup Liga Super 2024/25 berdepan PDRM FC, malam tadi.

Perkembangan positif itu disahkan pasukan Red Giants menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut doktor pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Faisal mengalami ‘fracture nasal bone with mucosa laceration’ dan akan dirawat secara konservatif serta mendapatkan pemeriksaan rapi dalam masa terdekat.

“Walau bagaimanapun, tiada kesan membahayakan untuk beliau beraksi di atas padang.

“Pihak pengurusan mendoakan agar Faisal Halim cepat sembuh. Terus kuat, Mickey!,” kata SFC.

Sebagai rekod, Faisal berdepan kecederaan terbabit susulan pelanggaran dengan pemain PDRM FC, Faith Friday Obilor pada minit ke-54.

Insiden itu menyaksikan hidung pemain itu berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.

Pada perlawanan itu, SFC menutup kempen musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas PDRM FC untuk kemenangan ke-16 mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 34 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 6 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 6 hrs 42 mins ago