Translate

20 April 2025

PM Anwar Ibrahim membawa beberapa cucunya ke pejabat di Perdana Putra bagi melihat sendiri cara beliau bekerja.

 

PM Anwar tunjuk cucu cara bekerja di pejabat

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa beberapa cucunya ke pejabat di Perdana Putra, Putrajaya bagi melihat sendiri cara beliau bekerja.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Perdana Menteri berkongsi cucunya merungut kerana datuk mereka sering tiada di rumah disebabkan sibuk bekerja dan menghadiri pelbagai acara.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah. Depa (mereka) tak tau tugas untuk negara tidak mudah.

“Lantaran itu saya bawa depa mai (datang) pejabat tengok saya bekerja,” katanya dalam entri itu, hari ini.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Sejak beberapa minggu lalu, jadual Perdana Menteri padat dengan pelbagai program di dalam dan luar negara.

Minggu lalu, beliau menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor ASEAN (AFMGM) ke-12 di ibu negara, selain beberapa program dalam negara.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Selasa lalu, beliau menyambut kedatangan Presiden China, Xi Jinping yang melawat Malaysia selama tiga hari.

Perdana Menteri kemudian berangkat ke Bangkok bagi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Anwar juga bertemu Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, Mahn Win Khaing Than ke arah penyelesaian konflik di negara dan bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi di Myanmar.

Perdana Menteri turut ‘terbang’ ke Kuching bagi menghadiri Majlis Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak yang diadakan di Stadium Perpaduan, semalam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 51 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 2 hrs 25 mins ago