Translate

08 April 2025

Lelaki tular berlari tanpa pakaian alami masalah mental - Polis



Lelaki tular berlari tanpa pakaian alami masalah mental - Polis

Bernama

08/04/2025


Mohd Iqbal berkata remaja itu ditahan sekitar pukul 8.30 pagi oleh anggota ronda cegah jenayah sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 6. - Gambar fail/Bernama


SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun selepas dikesan berlari tanpa pakaian di simpang tiga Persiaran Kayangan, Seksyen 8 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata remaja itu ditahan sekitar pukul 8.30 pagi oleh anggota ronda cegah jenayah sebelum dibawa ke Balai Polis Seksyen 6.

"Setelah dipujuk dan ditenangkan, lelaki berkenaan dibawa balik ke balai dan diberikan pakaian oleh anggota bertugas.

"Remaja ini didapati hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan beliau telah menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata bapa saudara remaja itu hadir ke balai dan memaklumkan lelaki berkenaan tinggal bersamanya di Seksyen 9.

Beliau berkata lelaki itu turut memaklumkan anak saudaranya mengalami masalah gangguan mental dan pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

"Remaja berkenaan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Shah Alam," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki berlari dalam keadaan tidak berpakaian dipercayai berlaku di sekitar Seksyen 8, Shah Alam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 38 mins ago