Translate

22 April 2025

KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengkap pada ekspo bayi



KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengkap pada ekspo bayi

Bernama

22/04/2025


Saifuddin Nasution berkata, aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti yang dibuat dalam siasatan isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan sebuah akhbar. - Gambar fail Bernama


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aspek siasatan akan dilaksanakan sama seperti yang dibuat dalam siasatan isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan sebuah akhbar.

"Saya ambil peluang ini untuk mengingatkan semua pihak bahawa bendera ini adalah lambang identiti negara yang membawa pelbagai makna dan maksud di sebaliknya.

"Jadi, sebarang bentuk kelalaian, kecuaian, kealpaan yang boleh mengundang rasa resah dalam kalangan masyarakat sebaik-baiknya (wajib) dielakkan," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan KDN, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial paparan Jalur Gemilang di belakang pentas gerai sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura pada pameran produk bayi di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur dilaporkan tiada simbol bulan sabit sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.

Saifuddin Nasution ketika mengulas siasatan terhadap Sin Chew Daily berkata, siasatan terhadap akhbar berkenaan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Respons (Sin Chew Daily) kita terima semalam dan kami akan teliti dulu dan kemudian kami mengambil tindakan ke atas akhbar itu," katanya.

Pada 17 April, media melaporkan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kedua-dua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi dibebaskan beberapa jam selepas itu.

Sebelum itu, akhbar berbahasa Cina itu dilaporkan menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini.

Isu itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang bertitah supaya pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 6 hrs 38 mins ago