Translate

22 April 2025

Lebih 37,000 notis kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac - KKM



Lebih 37,000 notis kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac - KKM

Bernama

22/04/2025


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan 37,381 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sejak dikuatkuasakan 1 Okt 2024 hingga 31 Mac lepas. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan 37,381 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sejak dikuatkuasakan 1 Okt 2024 hingga 31 Mac lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, jumlah itu direkodkan hasil daripada 10,212 operasi yang dijalankan di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 116 kes telah dibawa ke mahkamah melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 7(1) Larangan Pengiklanan Produk Tembakau, Seksyen 9(1) Larangan Promosi atau Tajaan Produk Tembakau, Seksyen 10(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau, Seksyen 11(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau Tiruan dan Seksyen 12(1) Larangan Produk Tembakau Sebagai Pemberian Hadiah.

"Dalam tempoh itu juga, KKM telah menyita 11,563 produk merokok bernilai RM266,833.10.

"KKM telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan kepada 206,657 individu yang mempunyai kaitan dengan jualan rokok bagi memastikan mereka memahami dan mematuhi penguatkuasaan Akta 852," katanya pada Majlis Pelancaran Op Cakna Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 2/2025, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong.

Dr Norhayati berkata, KKM memandang serius kesalahan merokok di premis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan sekali gus akan memperhebat operasi berkaitan di seluruh negara tahun ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 48 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 1 hr 18 mins ago