Translate

22 April 2025

Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom



Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom

Bernama

22/04/2025


Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter. - Gambar/ Reuters


ROM: Upacara pengebumian Paus Francis akan diadakan pada Sabtu di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menurut pengumuman Vatikan pada Selasa selepas mesyuarat kardinal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebelum meninggal dunia, Paus Francis menyatakan hasratnya untuk dikebumikan di gereja itu, yang merupakan antara tempat kegemarannya, dan bukan di Basilika St Peter yang lebih megah seperti kebiasaan bagi para paus yang telah meninggal dunia.

Pemimpin dunia dijangka menghadiri upacara pengebumian itu.

Ketika ini, jasad Francis ditempatkan di dalam keranda terbuka di sebuah kapel di rumah tetamu Santa Marta, bekas kediamannya, bagi membolehkan para kardinal, pegawai dan kakitangan Vatikan memberikan penghormatan terakhir.

Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 16 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 39 mins ago