Translate

22 April 2025

Sultan Nazrin lancar buku 'Helang Samudera: Perisai Maritim'



Sultan Nazrin lancar buku 'Helang Samudera: Perisai Maritim'

Bernama

22/04/2025


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan meluncurkan buku Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bertajuk Helang Samudera: Perisai Maritim Negara hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku 'Helang Samudera: Perisai Maritim', yang diterbitkan bersempena ulang tahun ke-20 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah melancarkan buku Helang Samudera: Perisai Maritim sempena ulang tahun ke-20 Maritim Malaysia, sebagai penghormatan kepada dedikasi anggota Maritim dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Maritim Malaysia dijangka menerima kapal induk baharu buatan Turkiye, MPMS, pada 2027 serta empat helikopter baharu bernilai RM600 juta untuk memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim.

Buku mewah yang memaparkan keberanian dan operasi sebenar Maritim Malaysia akan diedarkan ke perpustakaan sekolah dan universiti untuk memperluaskan kesedaran awam.

Buku setebal 180 muka surat itu menggambarkan dedikasi Maritim Malaysia sebagai institusi utama dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

Saifuddin Nasution dalam ucapannya menyifatkan penerbitan naskhah berkenaan sebagai satu penghormatan besar buat wira maritim negara yang selama dua dekad mempertaruhkan keselamatan diri demi kedaulatan perairan negara.

"Buku ini bukan sekadar dokumentasi sejarah, tetapi khazanah bernilai tinggi memaparkan keberanian, kecekalan dam dedikasi anggota Maritim Malaysia dalam menangani jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan dan operasi menyelamat berisiko tinggi," katanya di sini hari ini.

Menzahirkan penghargaan kepada dedikasi anggota Maritim Malaysia, beliau turut menyentuh tentang perolehan kapal dan helikopter yang bakal menjadi aset agensi itu bagi memperkukuh pertahanan dan penguatkuasaan maritim negara.

Dilaporkan, Maritim Malaysia bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye, Mullti Purpose Mission Ship (MPMS) yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027.

Dilengkapi spesifikasi canggih, MPMS mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti, selain lengkap dengan aset moden iaitu empat bot pemintas pantas (FIC), dua dron udara tanpa pemandu (UAV) serta mempunyai, ruang pendaratan helikopter, fasiliti perubatan dan pusat tahanan.

Kapal berukuran 99 meter panjang yang boleh membawa 70 kru dan 30 penumpang itu akan memberi tumpuan kepada pengawasan di Laut China Selatan, khususnya dalam menangani pencerobohan vesel asing, aktiviti penangkapan ikan haram serta membanteras jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pemerdagangan orang.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga memuktamadkan proses perolehan empat helikopter bernilai RM600 juta bagi Maritim Malaysia.

Buku mewah itu diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Buku Negara memerihalkan naratif visual berkualiti tinggi dan cerita operasi sebenar yang tidak pernah dikongsi kepada khalayak umum.

Bagi memperluas manfaat dan kesedaran awam terhadap peranan Maritim Malaysia, buku itu akan diedarkan ke perpustakaan seluruh negara, termasuk sekolah dan universiti.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki warga Myanmar mati dibunuh rakan senegara |' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 44 mins ago