Translate

20 April 2025

Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khadijah


Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khadijah

Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki curi beg duit seorang wanita dipercayai kejadian di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, semalam. Foto tular

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian beg duit seorang pelanggan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, semalam.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 38 saat tular di media sosial Facebook sejak malam tadi yang memaparkan seorang wanita berusia anggaran 50-an mendekati dan disyaki mengambil beg duit seorang pelanggan wanita yang sedang membeli makanan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud meminta mana-mana pihak yang mengenali individu yang dipaparkan (dalam rakaman video) atau mempunyai sebarang maklumat atau individu berkenaan sendiri tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Sebarang maklumat berkenaan individu (dalam rakaman) boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berdekatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd Syawal Abd Mutolib di talian, 014-6775994 atau 09-7752242,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pasangan Kekasih Ditahan Curi Barangan Kemas Lebih' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed '2,474 Bekas Ahli GISBH Jalani Program Pemulihan Ak' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 15 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KL CityWalk Launched - a variety of over 30 food a' 16 mins ago
A visitor from Sevastopol' viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 12 individu disyaki tawar pekerjaan ti' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Remaja enggan pulang ke asrama dilapor hilang | BE' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 1 hr 48 mins ago