Translate

14 April 2025

Pegawai polis didakwa peras ugut wanita RM10,000



Pegawai polis didakwa peras ugut wanita RM10,000

Bernama

14/04/2025


Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada tahun lepas.

ASP Zuhairi Zubir, 49, didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan mengugut untuk mengambil tindakan berkaitan kesalahan jenayah bagi tujuan mendapatkan wang RM10,000 di Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Cheras pada 1 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Insp M. Alli Nangai mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon satu tarikh ditetapkan bagi serahan dokumen.

Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad, yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya seorang penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta tidak berisiko melarikan diri daripada prosiding mahkamah.

"Tertuduh seorang penjawat awam yang masih bertugas dan tidak ada kemungkinan beliau tidak hadir ke mahkamah. Beliau tidak pernah ada rekod disiplin sebelum ini. Saya rasa ia adil untuk kita tawar RM2,000 (wang jaminan)," kata peguam.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tindakan lanjut sele' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 40 mins ago
A visitor from Edison viewed 'BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 42 mins ago
A visitor from Samarinda viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 47 mins ago
A visitor from Puchong new village viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 52 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 12 mins ago