Translate

14 April 2025

Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak



Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak

Bernama

13/04/2025


Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan. - Foto Facebook APM Perak


IPOH: Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.

"Kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku pada 4.30 petang hingga 6 petang itu telah menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Kaya bagi menempatkan mangsa.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah sebenar kediaman terjejas serta mangsa masih dalam bancian.

APM juga telah mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk.

-- BERNAMA








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 2 hrs 21 mins ago