Translate

14 April 2025

Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah



Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah

Bernama

14/04/2025


Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin, titah Al-Sultan Abdullah pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam. - Facebook Kesultanan Pahang


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri ini tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya rakyat menjadi 'mata dan telinga' baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di negeri ini.

"Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah, sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka (penceroboh).

"Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin," titah baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Bagaimanapun, Sultan Pahang bertitah agar isu pencerobohan tanah itu diselesaikan dengan baik dan segala kekurangan diatasi secara harmoni.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

Operasi penguatkuasaan berkenaan disertai antaranya polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, (UPNP) dijalankan meliputi semua kawasan penanaman yang telah diteroka tanpa kebenaran di Raub serta dijangka dilaksanakan hingga 3 Mei ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 48 mins ago