Translate

29 March 2025

Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - Sultan Pahang



Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman - Sultan Pahang

Bernama

29/03/2025


Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square untuk membeli juadah berbuka puasa di Kuantan, 28 Mac 2025. --fotoBERNAMA


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Al-Sultan Abdullah turut menyarankan pengguna jalan raya supaya memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan selain memandu dengan berhemah dan bersabar ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

"Jika berasa letih semasa memandu berhenti rehat dan minum kopi sebagainya, jangan tergopoh-gapah. Saya doakan mereka selamat sampai dan berhati-hati ketika di jalan raya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita ketika berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) sini semalam bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda berdua.

Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita dengan kemalangan maut yang berlaku terutama menjelang Aidilfitri dan berharap selepas projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap sepenuhnya kelak, risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah mengakui gemar berbuka puasa di padang bersama rakyat selain dapat menyantuni orang ramai.

"Kalau boleh saya nak datang sini kerap, tetapi tak kesampaian banyak melawat daerah-daerah lain dan Alhamdulillah hari ini dapat sampai...saya lihat begitu ramai pengunjung termasuk dari luar Pahang," titah baginda.

Terdahulu sebelum berbuka, Sultan Pahang berkenan menyantuni penjual dan pengunjung bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang itu yang ingin bergambar bersama, selain baginda berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 5 hrs 18 mins ago