Translate

24 April 2025

Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang dan pedang



Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata parang dan pedang

Bernama

23/04/2025


Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 1/2 , Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi tadi. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki putus lima jari tangan kirinya selepas diserang lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 1 1/2 , Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.54 pagi, sebelum Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya mengarahkan anggota peronda ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati, semasa kejadian mangsa dan beberapa rakan mahu bergerak pulang ke rumah selepas selesai makan di restoran berkenaan sebelum kereta Toyota Vios berwarna putih dinaiki lima penyerang berkenaan tiba di lokasi itu.

"Kesemua suspek dipercayai warga tempatan kemudian turun dari kereta dan menetak mangsa menggunakan parang dan pedang sebelum melarikan diri dengan kereta yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Azlan berkata mangsa yang berusia 30 tahun itu turut mengalami kecederaan pada bahagian tangan, kaki serta badan, dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata tajam dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau Insp Fadizah Ajamain di talian 019-858 2166.

- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 1 hr 6 mins ago