Translate

26 April 2025

23 termasuk 3 GRO ditahan dalam Ops Gegar, Ops Selera sekitar Puchong



23 termasuk 3 GRO ditahan dalam Ops Gegar, Ops Selera sekitar Puchong

26 April 2025

BuletinTV3

Antara yang ditahan dalam Ops Gegar dan Ops Selera di dua lokasi berasingan sekitar Puchong, Selangor semalam. – Foto Imigresen Selangor.- FOTO: JIM SELANGOR


SERDANG: Tiga gadis pelayan pelanggan (GRO) termasuk warga Maghribi antara 23 individu ditahan menerusi serbuan Op Gegar dan Op Selera ke atas dua premis berasingan di sekitar Puchong, semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, keseluruhannya 37 individu diperiksa dalam operasi bermula jam 6.30 petang.

“Serbuan pertama membabitkan sebuah bar dan bistro di mana 27 individu diperiksa dan 17 pekerja lelaki iaitu 16 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh ditahan.

“Serbuan kedua pula ke atas sebuah pusat hiburan yang mana 10 individu diperiksa dan enam ditahan terdiri daripada tiga pekerja lelaki warga Bangladesh.

“Selebihnya, tiga wanita disyaki GRO iaitu masing-masing seorang warga Thailand, Vietnam, dan Maghribi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika serbuan ada beberapa cubaan untuk melarikan diri termasuk bersembunyi di dalam almari dan menyamar sebagai pelanggan namun gagal memperdaya pasukan serbuan.

Soal siasat mendapati semua pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit bekerja kira-kira enam bulan di premis terbabit.

Mereka masuk sama ada melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau laluan darat di Bukit Kayu Hitam yang diuruskan oleh ejen.

Semua PATI berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 2 hrs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 4 hrs 42 mins ago