Translate

14 April 2025

Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di Klang



Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di Klang

Bernama

14/04/2025


Fadil berkata, suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan di Seremban, yang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa. - Foto PDRM


SHAH ALAM: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah mengesan suspek warga tempatan berusia 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, Klang sebelum dia cuba melarikan diri daripada polis.

"Suspek telah bertindak merempuh kenderaan polis, dan pihak kami mengejarnya sebelum dia berjaya dipintas dan berlaku tembak-menembak antara suspek dan anggota polis di lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan sepucuk pistol semi-automatik dan sebilah parang selain pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati tiada sebarang rekod jenayah.

Fadil berkata suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan di Seremban, Negeri Sembilan yang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lepas.



Foto PDRM

Beliau berkata keluarga remaja perempuan itu telah membayar wang berjumlah RM280,000 serta barang kemas dan mangsa dilepaskan keesokkan harinya (11 April) di Sendayan, Negeri Sembilan.

"Kes ini juga menyaksikan polis berjaya menahan tiga lelaki dan tiga wanita kesemuanya berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun di Sendayan bagi membantu siasatan dan berjaya menemukan RM230,000 selain rampasan lain yang sedang disemak," katanya.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 42 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'KKM pantau rapi tarif baharu AS, fokus peranti per' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 2 hrs 42 mins ago