Translate

25 April 2025

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi



Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

Bernama

25/04/2025


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 99.303 mata.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal positif berbanding dolar AS susulan penurunan DXY.

"Penanda aras ekuiti AS meningkat manakala hasil Perbendaharaan AS merosot apabila gesaan kepada penurunan kadar faedah yang agresif semakin kuat berikutan tarif import yang tinggi boleh menjejaskan ekonomi AS.

"Pegawai Fed seperti Christopher Waller mencadangkan penurunan kadar faedah perlu dilaksanakan berikutan tarif yang tinggi boleh memberi impak negatif kepada pasaran tenaga kerja," katanya kepada Bernama.

Dalam negara, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0528/0708 daripada 3.0670/0710 semasa ditutup semalam, naik berbanding pound kepada 5.8121/8461 daripada 5.8127/8201, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9599/9889 daripada 4.9738/9801.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3233/3432 daripada 3.3307/3354 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0510/1398 daripada 13.0632/0874.

Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.76 daripada 7.72/7.74 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/260.1 daripada 258.9/259.4.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 40 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 5 hrs 15 mins ago