Translate

26 April 2025

SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas



SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas

Bernama

26/04/2025


Azam berkata pihaknya akan terus memperkukuh tumpuan terhadap kes rasuah berskala besar, berprofil tinggi dan berkepentingan awam. - Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset serta mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia membuktikan penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh pihaknya adalah berkesan dan agensi itu bukan sekadar menyiasat malah memulihkan kembali hak rakyat yang telah dikhianati.

Beliau berkata siasatan dan pemulihan aset yang dijalankan oleh SPRM bukan perkara yang mudah selain memerlukan ketekunan, kebijaksanaan, kerjasama dan kolaborasi negara lain serta penglibatan media untuk memberi liputan seimbang, berinformasi dan memberi keyakinan kepada rakyat.

"Bagi suku pertama tahun ini, SPRM mencatatkan nilai sitaan aset terbesar sebanyak RM177 juta melibatkan wang tunai dan jongkong emas yang terkait dengan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

Azam berkata pihaknya akan terus memperkukuh tumpuan terhadap kes rasuah berskala besar, berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

Beliau berkata siasatan agensi itu sentiasa dijalankan dengan prinsip bebas, telus serta profesional berlandaskan undang-undang dan tanpa sebarang campur tangan politik.

"Siasatan kes-kes berprofil tinggi membuktikan bahawa SPRM bertindak tanpa takut atau pilih kasih, tidak kira individu yang terlibat adalah bekas pemimpin tertinggi negara, wakil rakyat negeri ataupun pengarah syarikat-syarikat besar," katanya.

Azam juga berkata ia bagi memastikan setiap sen hasil daripada amalan rasuah dan penyelewengan dapat dikembalikan semula kepada rakyat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 57 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 25 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 9 hrs 4 mins ago