Translate

26 April 2025

Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah



Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, denda enam pengarah

Bernama

26/04/2025


Bursa Malaysia berkata pendedahan maklumat yang tepat pada masanya berkaitan dengan klasifikasi atau penyebab PN17 penting untuk memudahkan keputusan pelaburan yang dimaklumkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Reach Energy Bhd dan tujuh pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Pengurusan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, enam pengarah syarikat itu juga dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Bursa Malaysia berkata Reach Energy diberikan amaran secara terbuka berikutan gagal membuat pengumuman pertama mengikut Nota Amalan 17 (PN17) secara segera selepas pengumuman laporan suku keempat syarikat bagi tahun kewangan berakhir 21 Dis, 2022 pada 28 Feb, 2023.

Syarikat itu hanya membuat pengumuman pertama pada 3 April 2023 iaitu selepas tertangguh kira-kira sebulan, katanya.

"Bursa Malaysia Securities memandang pelanggaran peraturan ini dengan serius berikutan pengumuman pertama penting kepada pemegang saham dan pelabur kerana ia berkaitan dengan keadaan kewangan Reach Energy.

"Akibatnya, syarikat itu diklasifikasi sebagai syarikat yang mengalami kesukaran kewangan mengikut PN17 berbanding dengan kemungkinan penggantungan dan penyenaraian semula jika syarikat gagal untuk memulihkan keadaan kewangannya dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Sehubungan itu, Bursa Malaysia berkata pendedahan maklumat yang tepat pada masanya berkaitan dengan klasifikasi atau penyebab PN17 penting untuk memudahkan keputusan pelaburan yang dimaklumkan.

Selain itu, Bursa Malaysia juga mengingatkan Reach Energy dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab untuk mengekalkan piawaian yang sesuai dalam tanggungjawab korporat serta akauntabiliti kepada pemegang saham serta orang awam yang melabur.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 18 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tareq Amin & Jensen Huang on Humain–NVIDIA Partner' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 1 hr 47 mins ago