Translate

26 April 2025

PRK Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini



PRK Ayer Kuning: 19 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi ini

Bernama

26/04/2025


Anggota polis trafik bertugas pada PRK DUN Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah, hari ini. -- fotoBERNAMA


TAPAH: Kesemua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Sebanyak 18 pusat mengundi akan dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Merdeka di sini dan keputusan rasmi dijangka diperoleh sekitar 9 malam ini.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.

Mohamad Yusri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong manakala Muhaimin di SK Ayer Kuning dan Bawani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok.

Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Trump arrives in the Middle East for nuclear weapo' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khaled Nordin tiba di Berlin untuk UN Peacekeeping' 20 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 2 hrs ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 4 hrs 12 mins ago