Translate

24 April 2025

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'



Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'

Bernama

24/04/2025


Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badrul Hisham (foto) untuk membatalkan perintah larangan bersuara yang menghalang beliau daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya. -Gambar fail


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi membatalkan perintah larangan bersuara (gag order) yang menghalang beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes hasutan dihadapinya.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badrul Hisham Shaharin untuk membatalkan perintah larangan bersuara yang menghalang beliau daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan kes hasutan dihadapinya.

Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Peguam Badrul Hisham berhujah bahawa tiada permohonan rasmi difailkan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong perintah larangan bersuara.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian selepas mendapati rayuan itu mempunyai merit.

Hakim Ahmad Zaidi dalam keputusan sebulat suara berkata perayu telah memfailkan dua rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang membenarkan permohonan semakan untuk perintah larangan bersuara dikeluarkan kepada perayu.

"Pada prosiding hari ini, peguam perayu juga berhujah kedua-dua hakim Mahkamah Tinggi itu telah terkhilaf dalam memerintahkan 'gag order' ke atas perayu. Peguam juga merujuk kes Papagomo yang telah diputuskan Mahkamah Rayuan yang mana mahkamah itu telah membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan 'gag order' diperintahkan Mahkamah Tinggi ke atas Papamogo.

"Memandangkan fakta dalam kedua-dua kes sama, maka mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini dalam kes Papagomo. Mahkamah juga mendapati responden (pendakwa raya) gagal menunjukkan bahawa adanya risiko untuk mendapatkan perbicaraan adil. Oleh itu rayuan perayu dibenarkan," katanya.

Perintah larangan bersuara dikeluarkan terhadap Badrul Hisham oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Mei 2024 manakala Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 20 Mei tahun sama.

Badrul Hisham, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari, 6 April tahun lepas mengikut Akta Hasutan 1948.

Dia juga didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 6 petang 22 Jan tahu sama, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Badrul Hisham turut didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City menerusi Facebook miliknya, "Che GuBard" di Mutiara Villa Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6.30 petang, 26 April lepas, mengikut Akta Hasutan 1948.

Terdahulu peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisyam berhujah agar mahkamah membenarkan rayuan anak guamnya atas alasan tiada permohonan rasmi difailkan pihak pendakwaan bagi memohon perintah larangan bersuara dan hanya mengemukakan permohonan melalui surat.

"Tidak ada sebarang permohonan dan afidavit difailkan pendakwaan untuk menyokong perintah 'gag order'. Kedua-dua Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur dan Johor Bahru juga memutuskan perintah 'gag order' adalah tidak perlu sebelum pendakwaan memfailkan semakan di Mahkamah Tinggi," kata peguam itu yang turut merujuk keputusan kes membabitkan Papagomo berhubung 'gag order'.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee yang mengakui tiada permohonan rasmi difailkan pihak pendakwaan berhujah bahawa permohonan berhubung perintah larangan bersuara mempunyai kaitan dengan pertuduhan dihadapi perayu membabitkan Yang di-Pertuan Agong.

"Perintah larangan bersuara adalah untuk melindungi atau menghalang apa-apa komen yang akan mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan persepsi atau prasangka buruk terhadap institusi tertinggi negara ini. Perintah larangan bersuara tidak akan mencabuli hak perayu untuk bersuara, namun ia adalah untuk menghalang perayu daripada mengeluarkan komen berkaitan pertuduhan dihadapinya," kata Ng.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 16 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 36 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 56 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 5 mins ago