Translate

26 April 2025

MITI siasat dakwaan hasil kerja tidak diberi pengiktirafan bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka



MITI siasat dakwaan hasil kerja tidak diberi pengiktirafan bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka

Bernama

26/04/2025


MITI menegaskan komitmennya terhadap integriti dan pematuhan, serta akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengumpul dan mengesahkan semua fakta berkaitan berhubung dakwaan yang dibuat oleh seorang individu di media sosial mengenai hasil kerja yang tidak diberikan pengiktirafan dan bayaran bagi Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 di Osaka, Jepun.

MITI sedang menyiasat dakwaan bahawa konsep dan tema Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka digunakan tanpa pengiktirafan atau bayaran kepada individu yang mendakwa terlibat dalam projek tersebut.

MITI menegaskan komitmennya terhadap integriti dan pematuhan, serta akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Seorang pengguna media sosial mendakwa syarikatnya terlibat hampir dua tahun dalam projek itu sebelum konsepnya "diambil" oleh kementerian.

Menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini, pihaknya mengambil maklum dakwaan berkaitan menghasilkan konsep untuk pavilion tersebut yang tular di media sosial dan telah dilaporkan oleh media.

"Kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

"MITI kekal komited terhadap piawaian integriti dan pematuhan yang tertinggi dalam semua urusannya. Kami akan mengambil tindakan undang-undang apabila perlu," katanya.

Menurut laporan, seorang individu mendakwa bahawa konsep, tema, naratif dan hala tuju seni bina yang dibangunkan oleh syarikatnya telah digunakan untuk pavilion tersebut tanpa pengiktirafan atau bayaran yang sewajarnya.

Dalam satu hantaran di Instagram, pengguna yang dikenali sebagai "Feythehuman" mendakwa syarikatnya telah terlibat dalam projek itu selama hampir dua tahun sebelum ia "diambil" oleh kementerian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 46 mins ago
A visitor from Bukit mertajam viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 49 mins ago
A visitor from Craigavon viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SALAH GUNA KUASA P.RAMASAMY DIDAKWA SALAH GUNA KED' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'PNB accepts Jalil Rasheed's resignation as preside' 1 hr 15 mins ago