Translate

26 April 2025

3,802 bakal jemaah dari Johor tunai haji



3,802 bakal jemaah dari Johor tunai haji

Bernama

26/04/2025


Mohd Fared (tengah) menyampaikan hadiah kepada jawatankuasa Masjid Nurul Huda Bagan, yang memenangi kategori Tandas Masjid Terbersih Daerah Batu Pahat semasa sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Semerah, pada Jumaat. - Foto Bernama


BATU PAHAT: Sebanyak 3,802 bakal jemaah haji dari Johor akan berangkat ke Makkah secara berperingkat bagi menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini.

Sebanyak 3,802 bakal jemaah haji dari Johor, termasuk 500 Rombongan Kerajaan Johor (RKJ), akan berangkat secara berperingkat mulai 14 Mei. Tabung Haji (TH) menawarkan 5,000 tempat, namun selebihnya tidak memenuhi kriteria.

Bakal jemaah dinasihatkan agar mematuhi peraturan kerajaan Arab Saudi serta menjaga kesihatan sepanjang ibadat haji.

Kutipan Zakat Fitrah tahun ini mencecah RM29 juta, melepasi sasaran dan telah disalurkan kepada golongan fakir dan miskin sebelum Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata penerbangan pertama dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 Mei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata jumlah itu termasuk 500 bakal jemaah Rombongan Kerajaan Johor (RKJ) terdiri daripada pesara dan penjawat awam negeri.

"Saya dimaklumkan jumlah keseluruhan tawaran yang dikeluarkan oleh Tabung Haji (TH) adalah sebanyak 5,000 namun hanya 3,802 bakal jemaah menerima (tawaran haji). Bakinya tidak memenuhi kriteria seperti gagal saringan kesihatan dan beberapa sebab lain.

"Sama-samalah kita doakan agar semua yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji mabrur. Saya juga ucapkan berbanyak terima kasih kepada TH kerana membantu menguruskan jemaah dari negeri ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Semerah, di sini semalam.

Mohd Fared turut menasihati bakal jemaah supaya dapat mengikut peraturan ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi selain menjaga kesihatan ketika berada di Makkah dan Madinah.

Sementara itu, Mohd Fared memaklumkan bahawa kutipan Zakat Fitrah tahun ini melepasi sasaran ditetapkan dengan jumlah keseluruhan RM29 juta berbanding RM27 juta pada tahun lepas, dan telah diserahkan kepada golongan fakir dan miskin sebelum sambutan Aidilfitri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 49 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 53 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 54 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 3 hrs 26 mins ago