Translate

26 April 2025

Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Piala Malaysia lancar - Hannah



Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Piala Malaysia lancar - Hannah

Bernama

26/04/2025


Semua aspek keselamatan dan kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah disediakan untuk memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini. - Foto Bernama


GEORGE TOWN: Persiapan dari aspek keselamatan dan kemudahan telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Semua aspek keselamatan dan kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil telah disediakan untuk memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara JDT dan Sri Pahang FC.

JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang dalam Liga Super musim ini dan kini dalam misi mencipta sejarah memenangi triple-treble selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia adalah pada 2014, di mana Sri Pahang menang melalui penentuan penalti 5-3.

"Kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil memang sudah bersedia. Kita juga dapat kerjasama daripada polis dan saya yakin dengan peminat-peminat bola sepak Johor dan Pahang bahawa semua akan berjalan dengan lancar malam ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championships 2025 di Penang Chinese Swimming Club, Tanjung Bungah di sini hari ini.

Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia ialah pada musim 2014, menyaksikan skuad Tok Gajah muncul juara menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat 2-2.

Untuk rekod, dalam saingan Liga Super musim ini, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang masing-masing 3-0 dan 3-1..

JDT dalam misi mencipta sejarah selaku pasukan pertama memenangi triple-treble selepas menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA musim ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 1 min ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Enam ditahan bantu siasatan kes pukul vokalis kump' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis haramkan penjualan vape berkuat kuasa 1 Ogo' 27 mins ago