Translate

24 April 2025

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh



Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh

Bernama

24/04/2025


Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

Mustafa Samsuddin, 46, S.R Gawthaman, 29, Mohamad Sharaf Abdullah, 22, dan P. Meenatchi, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh B. Sitambaran, 31, antara 10.30 malam 17 April hingga 1.03 pagi 18 April lepas di Taman Batu Metropolitan, Sentul di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh, M.Mathavan dan Tharamjit Singh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 4 Ogos bagi laporan bedah siasat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki warga Myanmar mati dibunuh rakan senegara |' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 18 mins ago
A visitor from Muar town viewed '60 individu ditahan dalam operasi pencerobohan tan' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 4 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 4 hrs 2 mins ago