Translate

24 April 2025

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024



PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024

Astro Awani

24/04/2025


Anwar mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 dan berharap mereka terus menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi. -Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 dan berharap mereka terus menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, beliau menasihati agar tidak berputus asa dan mengambil peluang terhadap pelbagai laluan pendidikan lain yang disediakan.

Keputusan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan peningkatan bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap mereka dapat meneruskan usaha dan tekad untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat lebih tinggi.



"Teruskan usaha dan tekad kalian untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi, bagi yang kurang bernasib baik usah berputus asa," katanya.

Sebaliknya Perdana Menteri menasihati mereka yang kurang bernasib baik agar terus berusaha dan mengambil peluang terhadap pelbagai laluan pendidikan lain yang disediakan.

“Kerajaan MADANI sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem pendidikan tinggi yang berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah," katanya lagi.

Keputusan peperiksaan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan memaklumkan, seramai 14,179 calon SPM 2024 atau 3.7 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Tambahnya, seramai 353,933 calon, iaitu 94.0 peratus calon SPM 2024, layak menerima sijil berbanding 349,197 (93.5 peratus) calon SPM 2023.

Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM Tahun 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7%).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 51 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 40 mins ago