Translate

24 April 2025

Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta



Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan 16 tahun, tuntut tebusan RM2 juta

Bernama

24/04/2025


Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Gambar/ Bernama


SEREMBAN: Lima individu termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, dua minggu lepas.

Kerani D. Sasveena, 31, dan suaminya T. Boharaj, 32, serta Farhin Muhammad Ariffin, 23, P. Koshen Kumar, 21, dan P. Siveeshinaa, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Kesemua mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan didakwa secara bersama menculik remaja berkenaan bagi menuntut wang tebusan berjumlah RM2 juta di hadapan sebuah salun rambut di Uptown Avenue, Seremban 2 di sini kira-kira 5.45 petang pada 10 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni manakala peguam T Harpal Singh mewakili kelima-lima tertuduh.

Terdahulu Norazihah tidak menawarkan jaminan berikutan kes itu merupakan jenayah berat dan membabitkan keselamatan mangsa.

Harpal bagaimanapun meminta mahkamah membenarkan suatu tempoh diberikan untuk pihaknya memfailkan hujahan bertulis mitigasi rayuan jaminan.

Hakim Datin Surita Budin membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan 14 Mei untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 40 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 51 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 40 mins ago