Translate

26 April 2025

Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan



Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.38 minggu depan

Bernama

26/04/2025


MOHD AFZANIZAM: Minggu ini banyak data penting dikeluarkan, dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata Indeks Keyakinan Pengguna oleh Conference Board di AS yang akan dikeluarkan bagi April dijangka memaparkan penurunan kepada 88.5 mata, susut daripada 92.9 pada Mac seperti yang diunjurkan oleh penganalisis.

Ini disusuli dengan Indeks Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) yang diunjur menyusut kepada 47.9 mata pada April.

Selain itu, laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS akan turut dipantau rapi, katanya.

"Minggu ini banyak data penting dikeluarkan, dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengurangkan Kadar Dana Persekutuan dalam masa terdekat.

"Kami kekal positif mengenai ringgit memandangkan prospek penurunan kadar faedah AS semakin mendapat momentum," katanya kepada Bernama.

Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 pada minggu sebelumnya.

Ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.9596/9670 daripada 5.0133/0218 minggu lepas, naik berbanding yen Jepun kepada 3.0431/0481 daripada 3.0971/1028 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8128/8214 daripada 5.8516/8616.

Ringgit turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/260.2 daripada 261.2/261.8, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3228/3280 daripada 3.3603/3667, dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0195/0450 daripada 13.1599/1902.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.77/7.78 daripada 7.77/7.79 pada Jumaat sebelum ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 7 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 8 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 18 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 8 hrs 25 mins ago