Translate

25 April 2025

Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah



Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah

Bernama

24/04/2025


Seorang lelaki maut ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, Shah Alam. - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM: Seorang lelaki maut ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 40 tahun yang merupakan peminta sedekah di kawasan berkenaan telah bertengkar dengan suspek lelaki yang juga peminta sedekah, disyaki bagi merebut kawasan untuk melakukan aktiviti terbabit.

"Suspek bertindak mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam di bahagian dada mangsa beberapa kali sehingga mangsa jatuh terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek berusia 28 tahun itu kira-kira 12.30 tengah hari, dan semakan lanjut mendapati lelaki itu memiliki sembilan rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam, pagi esok," katanya.

Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abd Hafiz Sariee menerusi talian 014-8905051 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'Singapura pantau lonjakan kes COVID-19 | BEST FBKL' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 4 hrs 15 mins ago