Translate

25 April 2025

Kertas siasatan inkuiri dibuka terhadap polis peras mangsa

Kertas siasatan inkuiri dibuka terhadap polis peras mangsa

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Polis membuka kertas siasatan inkuiri polis berhubung laporan dibuat seorang lelaki mendakwa diperas pegawai agensi itu seperti yang tular di satu platform Telegram.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan didakwa dilakukan pegawai terbabit ketika bertugas di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Negeri Sembilan.

“Kertas inkuiri polis dibuka bagi siasatan awal dan setakat ini, tiga keterangan sudah diambil untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial laporan polis dibuat seorang lelaki pada 22 April lalu, berhubung dakwaan pemerasan yang dikatakan bermula pada 2019.

Laporan itu dibuat bagi mendapatkan semula wang daripada pegawai polis terbabit selepas mengetahui dia tidak lagi bertugas di Negeri Sembilan.

Dalam laporan yang tular, pengadu memaklumkan menyerahkan RM50,000 kepada seorang lelaki dipercayai ‘orang tengah’ kepada seorang pegawai polis.

Wang itu dikatakan sebagai jaminan supaya pengadu tidak dikenakan langkah-langkah tertentu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Akta Pencegahan Jenayah kerana pengadu pernah ditahan bawah Sosma pada 2018 atas kesalahan gangsterisme.

Pada 2022, ‘orang tengah’ itu dikatakan ke rumah pengadu dan meminta bayaran RM50,000 namun dia hanya mampu membayar RM30,000.

Hasil siasatan awal mendapati pegawai itu mengakui kenal dengan pengadu namun hanya atas urusan tugas iaitu dalam mendapatkan maklumat risikan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 15 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 5 hrs 54 mins ago