Translate

24 April 2025

Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang baharu



Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang baharu

Bernama

24/04/2025


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (kanan) berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu, Tun Ramli Ngah Talib (dua, kiri), hari ini. -Facebook


KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan mulai 1 Mei 2025.

Beliau menerima surat pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).

Ramli menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan akan berkhidmat selama empat tahun hingga 30 April 2029.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini.

Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.

Pelantikan Ramli bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021.

Istiadat pengurniaan itu turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Ramli pernah menyandang jawatan penting di peringkat Persekutuan dan negeri, antaranya sebagai Menteri Besar Perak kelapan selama 17 tahun bermula 1982 hingga 1999.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 16 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 36 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 56 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 5 mins ago