Translate

30 January 2017

Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wechat

Image result for wechat jpj


Pic: Sinar HarianPic: Sinar HarianSEORANG wanita disyaki memuat naik status di laman Wechatnya memaki hamun anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikatakan menyaman rakannya menjadi viral di laman forum sejak semalam.
Dalam insiden yang tidak dikenal pasti tarikh dan lokasinya itu, wanita terbabit bersama rakannya itu dalam perjalanan ke majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina.
Kerana lewat, mereka terpaksa menggunakan lorong kecemasan.
Difahamkan, wanita terbabit kemudian memuat naik status dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap anggota petugas berkenaan.
Status itu bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang menganggap kejadian itu berpunca daripada sikap mereka sendiri yang melanggar peraturan jalan raya.
Ada netizen yang berharap agar individu yang bertanggungjawab memuat naik status itu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.
Netizen yang menggunakan nama Zack Mohd berkata, harap pihak berkuasa segera bertindak.
"Usah beri peluang dan ruang. Harap mahkamah menjatuhkan hukuman seberatnya terhadap pesalah," katanya.
Seorang lagi yang dikenali Razmin Nizal menyatakan kekesalannya terhadap kenyataan wanita terbabit.
"Dua kesalahan dibuat, pertama disaman dan kedua kerana memaki penguatkuasa. Pasti dikenakan tindakan," katanya.
- Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED