Translate

21 January 2017

Konsert Anuar Zain Dibatalkan


Konsert Anuar Zain Hari Ini Dibatalkan


.

Konsert Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You yang dijadualkan berlangsung hari ini, 21 Januari di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana tidak dapat dilaksanakan kerana tahap kesihatan penyanyi tersohor tersebut.

Anuar yang dijadualkan membuat persembahan solo pertamanya bersama Yonder Music tersebut terpaksa akur dengan nasihat doktor yang memerlukan beliau berehat kerana kehilangan suara.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas situasi yang tidak dapat diduga ini. Ia merupakan satu keputusan yang amat sukar dilakukan.

"Diharap anda semua dapat mendoakan kesihatan saya," ujar Anuar yang dijadual mendendangkan 14 untaian hit beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron turut melahirkan duka cita di atas pembatalan Konsert Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain & You.

"Pihak kami difahamkan Anuar telah kehilangan suaranya pada hari ini dan dinasihatkan agar tidak meneruskan konsert seperti yang direncanakan.

"Biarpun ia amat mendukacitakan pihak kami dan peminat, namun kami perlu mengutamakan kesihatan beliau. Semoga beliau cepat sembuh. Beliau sememangnya seorang yang Hear Forever dalam hati kami semua," ujar Adam.

Sebarang informasi terkini terutama mengenai tiket, akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED