Translate

26 January 2017

Neelofa meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam tahun ini namun menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Tuhan.

Neelofa Mahu Kahwin Tahun Ini

Malaysian Digest
..
Aktres dan pengacara jelita, Neelofa meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam tahun ini namun menyerahkan perkara itu kepada jodoh dan ketentuan Tuhan.
Lofa yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada 10 Februari depan berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri dan berdoa agar impiannya itu dipermudahkan.
"Februari ini saya 28 tahun. Sebenarnya saya memang sudah bersedia dan merancang mahu berkahwin tahun ini. Tapi sama ada tahun ini atau tahun depan atau dua tahun lagi, itu semua terletak di tangan Tuhan.
"Kalau boleh saya mahulah cepat-cepat dan saya berdoa segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi SchaXAwal, bertempat ni Hotel Majestic, KL, pada Rabu.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Lofa memberitahu disamping melaksanakan komitmen sebagai hos program Meletop dia akan melancarkan koleksi untuk hari raya Aidilfitri juga koleksi istimewa sempena ulang tahun kelahirannya, tidak lama lagi.
Selain itu dia juga akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri mulai Mac depan. Dalam drama sebanyak 24 episod itu, dia sekali lagi bergandingan dengan pelakon Fattah Amin.
"Saya akan sibuk dengan penggambaran drama episod selama dua bulan bermula Mac depan. Dalam drama tersebut, saya sekali lagi akan berganding dengan Fattah," katanya.
Lofa dan Fattah sebelum ini digelar pasangan sejoli menerusi lakonan mereka dalam drama fenomena Suri Hati Mr. Pilot. Impaknya, ramai peminat mendoakan hubungan pasangan ini tidak hanya sekadar di dalam drama malah mengharapkan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Bagaimanapun kontroversi tercetus apabila hubungan pasangan ini dikatakan retak gara-gara orang ketiga.
"Apabila bekerja, kami profesional. Sekarang ini pun, kami hanya berjumpa atas tujuan bekerja. Dan kami tidak bergaduh seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Saya dan dia hanya bersahabat," tegasnya.
Perkembangan lain, dalam bulan Mac juga Lofa akan terbang ke Paris untuk menjayakan kempen Swarovski. Pada bulan April, dia sekali lagi akan terbang ke Paris sebagai duta produk kosmetik antarabangsa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Petaling street stripper from Sabah arrested. Woma' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Dua penerbitan dikenakan tindakan perintah laranga' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 7 hrs 15 mins ago