Translate

26 January 2017

Netizen Muak Aksi Seksi J.Lo

Netizen Muak Aksi Seksi J.Lo

..
Meskipun sudah mencecah usia 47 tahun namun bintang Jennifer Lopez atau J.Lo masih kerap memuat naik foto-foto seksi di media sosial.
Bagaimanapun, tidak semua peminat menyukai tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Waiting For Tonight ini.
Baru-baru ini, ibu kepada sepasang cahaya mata kembar ini memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya yang seksi berbaring di atas katil.
..
Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi umum dan rata-rata memberi kritikan pedas di ruang komen. Malag seorang netizen menggelarkan J.Lo sebagai 'nenek'.
"Hello nenek @jlo. Apa kabar?" tulis seorang pengikut yang menggunakan nama @mylife0824
"Saya rasa kamu terlalu tua untuk gaya seperti ini. Dan foto ini tidak sepatutnya dilihat oleh anak-anak kamu. Kamu benar-benar tahu bagaimana mahu menggoda lelaki. Kau harus menghormati diri kamu sendiri dulu kalau ingin dihormati oleh kaum lelaki," tulis seorang lagi pengikut @dreswstyle.
Pun begitu, ramai yang kagum dan memuji keseksian tubuh yang masih cantik walaupun menghampiri usia 50 tahun.
"Kamu tetap nampak cantik. Mereka itu cuma cemburu," tulis pengikutnya.
"Tak usah fikirkan para hater. Raikan kecantikanmu setiap hari," tulis seorang lagi pengikut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED