Translate

23 January 2017

Lelaki Teragung yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 s




Lelaki Teragung Juara AJL31


Kredit foto online

Lagu Lelaki Teragung ciptaan Natasha dan Iman Imran dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.



Lagu yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah itu membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM50,000 selain baucar produk CJ Wow Shop.

Dayang turut diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000. Ia kemenangan ketiga berturut-turut penyanyi itu dalam kategori terbabit.

AJL31 turut menyaksikan lagu Terimaku Seadanya ciptaan Ajai yang didendangkan Misha Omar dan Hafiz Suip meraih tempat kedua, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dengan hadiah RM20,000 dan trofi pula dimenangi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan Razif yang dinyanyikan kumpulan Projector Band.

Kategori persembahan Terbaik dimenangi kumpulan Khalifah yang mendendangkan lagu Hang Pi Mana. Kemenangan itu membolehkan kumpulan berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Semua kategori diadili oleh juri profesional, selain Persembahan Terbaik yang dibuka kepada undian peminat secara atas talian menerusi laman sesawang, www.anugerahjuaralagu.com.

Dikendalikan empat hos iaitu Fara Fauzana, Awal Ashaari, Sarimah Ibrahim dan Fizi (Hot FM), acara kemuncak berkenaan turut menampilkan Ameng Spring, Ella dan Man Bai sebagai artis undangan.

sumber : BH online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'U.S. citizen hijacking plane in Belize killed by a' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Nearly 45,000 Manchester United-ASEAN All Stars ti' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 13 mins ago