Translate

28 March 2025

Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan - Mohd Na'im



Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan - Mohd Na'im

Bernama

28/03/2025


Mohd Na'im berkata, semua pihak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama, kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dianuti majoriti rakyat di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata semua pihak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama, kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Merujuk insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini, Mohd Na'im berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

"Saya berasa amat dukacita kerana insiden-insiden sebegini masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, yang seharusnya telah memahami batas-batas sensitiviti agama dan implikasi undang-undang dalam membuat sebarang kenyataan atau komentar, terutamanya di platform media sosial," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh usaha dan program kesedaran masyarakat, bagi memastikan orang ramai lebih berwaspada dalam menggunakan media sosial serta sentiasa menjaga adab dan batas sensitiviti agama.

"Usaha ini penting bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan antara kaum dan agama di negara kita," katanya.

Semalam, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis menahan seorang penjawat awam semalam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 21 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 28 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 47 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 8 mins ago