Translate

28 March 2025

Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan - Mohd Na'im



Semua pihak perlu hormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan - Mohd Na'im

Bernama

28/03/2025


Mohd Na'im berkata, semua pihak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama, kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Semua pihak harus menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dianuti majoriti rakyat di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata semua pihak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh mencetuskan sensitiviti agama, kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Merujuk insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di media sosial baru-baru ini, Mohd Na'im berkata perbuatan itu tidak bertanggungjawab dan amat dikesali.

"Saya berasa amat dukacita kerana insiden-insiden sebegini masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia, yang seharusnya telah memahami batas-batas sensitiviti agama dan implikasi undang-undang dalam membuat sebarang kenyataan atau komentar, terutamanya di platform media sosial," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memperkukuh usaha dan program kesedaran masyarakat, bagi memastikan orang ramai lebih berwaspada dalam menggunakan media sosial serta sentiasa menjaga adab dan batas sensitiviti agama.

"Usaha ini penting bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan antara kaum dan agama di negara kita," katanya.

Semalam, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di media sosial.

Aaron berkata tindakan menghina mana-mana agama bukan sahaja mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, tetapi juga boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Susulan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis menahan seorang penjawat awam semalam yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 51 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 31 mins ago