Translate

28 March 2025

Kenderaan berat lebih had muatan punca utama kerosakan jalan - Nanta



Kenderaan berat lebih had muatan punca utama kerosakan jalan - Nanta

Bernama

28/03/2025


Nanta berkata, KKR dan MOT menerusi jawatankuasa khas berkaitan isu muatan melebihi had itu, kini sedang berbincang bagi mengatasi masalah berkenaan. - Gambar fail


SUNGAI BULOH: Kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan menjadi punca utama kerosakan jalan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kenderaan berat yang membawa muatan melebihi had dibenarkan menjadi punca utama kerosakan jalan raya. Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang berbincang untuk mengatasi masalah ini.

Kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar di Kluang, Johor. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengarahkan syarikat konsesi untuk menyediakan laporan terperinci mengenai insiden tersebut.

Kesiapsiagaan agensi menghadapi pertambahan kenderaan sempena Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan mengumumkan potongan tol 50 peratus dan menjangkakan peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama.

Justeru beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi jawatankuasa khas berkaitan isu muatan melebihi had itu, kini sedang berbincang bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Kenderaan berat satu punca yang jelas merosakkan jalan...Sebab itu ada had muatan, namun masih ada yang melanggar peraturan. Ketua Setiausaha dan pegawai daripada KKR dan MOT sedang melihat bagaimana menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan trafik di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara) di sini, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media bahawa kenderaan berat yang membawa muatan melebihi 10 peratus daripada berat dengan muatan (BDM), boleh menyebabkan jangka hayat jalan raya menurun sehingga 50 peratus.

Sementara itu, Nanta berkata pihaknya belum menerima laporan terperinci daripada syarikat konsesi mengenai kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian dua pelajar adik-beradik di Kluang, Johor baru-baru ini.

Nanta berkata beliau menemui pihak syarikat konsesi itu di Melaka pada Rabu lepas dan mengarahkan mereka segera menyediakan laporan berikutan kematian Norhazim Kamaruzaman, 17, dan Nur Alif Ikhwan, 16, akibat kecederaan parah di kepala serta badan selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Dalam pada itu, Nanta berkata kesiapsiagaan pelbagai agensi bagi menghadapi pertambahan kenderaan di semua lebuh raya utama sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka disambut pada Isnin depan, berada pada tahap terbaik.

Semasa tinjauan itu, Nanta turut menerima taklimat daripada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun dan Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, selain beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pengguna yang berhenti berehat di jejantas itu.

LLM menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2.77 juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan, iaitu sebanyak 2.1 juta di lebuh raya di bawah PLUS, Lebuhraya KL-Karak (216,000), Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (176,000), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 (156,000) dan LPT2 (70,000).

Pergerakan keluar trafik yang tinggi dari ibu kota ke utara, selatan dan pantai timur Semenanjung Malaysia bermula sejak semalam dan dijangka hingga Ahad, manakala pergerakan kembali dijangka pada 4-6 April.

Kerajaan juga telah mengumumkan potongan tol 50 peratus bermula 12.01 tengah malam 28 Mac (Jumaat) hingga 11.59 malam 29 Mac (Sabtu) sempena Syawal, dengan anggaran RM19.69 juta dibayar balik sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 40 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 hrs 20 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 6 hrs 47 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 7 hrs 44 mins ago