Translate

28 March 2025

Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 15 jam selepas juruterbang hilang pasport



Penerbangan Asiana dari Filipina ditangguh lebih 15 jam selepas juruterbang hilang pasport

Bernama

28/03/2025


Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport. - Gambar fail/skytrax


SEOUL: Sebuah penerbangan Asiana Airlines Inc. yang menuju ke Incheon dari Filipina ditangguhkan lebih 15 jam pada Jumaat selepas juruterbangnya kehilangan pasport, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pegawai industri.

Penerbangan OZ708 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina pada 1.35 pagi waktu tempatan, tetapi juruterbang tidak dapat meneruskan prosedur imigresen selepas pasportnya hilang.

Walaupun pencarian menyeluruh dilakukan di dalam pesawat dan kawasan sekitar, pasport itu gagal ditemukan. Oleh itu, Asiana Airlines mengutuskan juruterbang pengganti dari Korea Selatan, menyebabkan masa pelepasan ditangguhkan selama 15 jam 20 minit.

Syarikat penerbangan itu menyediakan penginapan untuk 135 penumpang di hotel berhampiran dan mengatur pengangkutan dari lapangan terbang.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang kami," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 11 secs ago
A visitor from Klang viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 mins ago
A visitor from Selangor viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed '82 diselamatkan termasuk 12 ce' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya' 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM Anwar minta kerajaan negeri' 20 mins ago
A visitor from Perth viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 23 mins ago